Monday, April 19, 2010

mindset sebagai ibubapa

Manusia hidup berpindah dari satu alam ke alam yang lain. dan setiap perpindahan alam itu sangat signifikan dan memberi impak yang besar. alam yang bakal ditempuhi seterusnya realitinya makin mencabar dan lebih lama daripada alam yang sebelumnya. samada alam ruh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh, alam masyhar dan seterusnya akhirat, semuanya sangat signifikan. Cuma kita kadang-kadang terlupa alam yang sebelumnya dan yang bakal kita hadapi.

Ibubapa kita adalah ibubapa kita di alam rahim dan dunia sahaja. Memang benar, mereka adalah kurniaan daripada Allah swt yang sangat bernilai. Mereka juga berperanan besar melahirkan, membimbing, dan membantu saya membuat pahala untuk mencapai ultimate goal saya di akhirat kelak. Saya juga sangat bersyukur Allah mengurniakan ibubapa yang sangat baik hati, tidak mengongkong, dan juga tidak terlalu memanjakan.

Melihatkan keadaan semasa dan orang sekeliling, saya menjadi sangat bersyukur kepada Allah swt kerana mengurniakan mereka yang berfikiran jauh, berbanding rakan sebaya mereka, namun masih mengikut syariat dan batasan Islam.

Mereka sangat memberi kepercayaan kepada saya, tidak menetapkan syarat atau peraturan mengongkong, tidak menjatuhkan air muka saya. Mereka mungkin manusia biasa yang sering membuat silap, namun kasih sayang mereka mengatasi segalanya. Saya juga berharap, rakan-rakan yang sudah menjadi ibubapa membina mindset yang sangat sihat dan tidak terkongkong dengan budaya dan adat resam. Cukup sahaja meletakkan Islam di tempat teratas dan utama dalam menentukan segalanya, bukannya emosi mahupun tradisi kebiasaan.

Di antara mindset lama yang banyak ibubapa pegang sehingga hari ini yang seharusnya diubah oleh ibubapa di zaman kini adalah seperti berikut:

1. Ibubapa berhak sepenuhnya ke atas anak. menentukan segalanya (jodoh, pekerjaan, dll).
– benar, ibubapa mempunyai tanggungjawab dan berhak ke atas anak, tapi ibubapa tidak perlu bersikap autokratik menentukan sekecil-kecil benda sehingga meletakkan tekanan ke atas anak-anak.

2. Anak sulung mempunyai tanggungjawab besar ke atas keluarga, contoh kepada adik-adik, harapan keluarga untuk membantu adik-adik dari segi kewangan.
– tanggungjawab ke atas keluarga, bukanlah tanggungjawab anak sulung semata-mata hingga membebankan mereka dan melepaskan anak seterusnya daripada tanggungjawab ke atas keluarga. Jangan sesekali lupa menyedarkan tanggungjawab anak2 yang lain juga. Memang benar, mereka sebaiknya menjadi contoh kepada adik2. Anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa. Tidak salah meminta pertolongan anak2 untuk membantu adik2 mereka, tetapi meletakkan pengharapan adalah tidak adil kepada mereka.

3. Anak-anak harus memberi ibubapa merasa duit mereka. menganggap anak-anak seolah-olah pelaburan duit di dunia. meletakkan nilai harga tertentu dan syarat tertentu kepada anak untuk menampung kewangan keluarga (e.g: tak boleh kahwin lagi, kerana harus tampung belanja keluarga terlebih dahulu dalam tempoh masa tertentu).
- ingat, walau sesusah manapun, ibubapa tidak sepatutnya meletakkan anak2 sebagai pelaburan kewangan dunia. Meletakkan syarat kepada anak untuk membalas budi ibubapa dengan wang ringgit adalah tidak adil kepada anak-anak. Ini kerana memang sudah menjadi tanggungjawab ibubapa menampung perbelanjaan anak-anak selagi di bawah tanggungjawab mereka. jadi anak-anak tak perlu diharapkan membalas semula semuanya. Namun begitu, memang seharusnya anak memberi,tetapi itu sekadar pemberian, bukanlah paksaan. anak-anak hanyalah amanah Allah yang harus dijaga rapi, menjadi pelaburan akhirat kita. bukannya meminta anak-anak membalas budi dengan kewangan mereka. ibubapa tidak seharusnya meletakkan mindset untuk hidup senang-lenang dengan duit pemberian anak-anak bila tua nanti.

4. Memberi segala keperluan, duit kepada anak-anak dengan mudah, tanpa mengajar kepada anak-anak nilai duit tersebut dan bagaimana menggunakan duit tersebut berjimat-cermat dan mampu menampung perbelanjaan sendiri di masa hadapan. memang manja dan merosakkan masa depan anak2.

5. Meminta wang hantaran tinggi bagi menampung perbelanjaan perkahwinan anak.
- Sedangkan yang penting memudahkan pernikahan itu dengan tidak meletakkan harga yang mahal. Perbelanjaan perkahwinan anak seharusnya menjadi tanggungjawab ibubapa. buatlah sekadarnya, dan semampu sendiri, bukannya menyediakan majlis yang diluar kemampuan, kemudian meletakkan bebanan ke atas bakal menantu dan anak sendiri untuk mencari wang.

6. Perlu cari jodoh awal atau jangan terlalu awal?
- walaupun secara biologi, ada umur-umur tertentu yang sebaiknya untuk memulakan keluarga, namun umur bukanlah penentuan segalanya. tamat belajar, sudah lama bekerja juga bukanlah syarat penting untuk kahwin. jika sudah sampai jodohnya, silakanlah. jangan ditangguh lagi.

1 comment:

Anonymous said...

consolidation private student loans XXX VIDEO