Monday, April 19, 2010

mindset sebagai ibubapa

Manusia hidup berpindah dari satu alam ke alam yang lain. dan setiap perpindahan alam itu sangat signifikan dan memberi impak yang besar. alam yang bakal ditempuhi seterusnya realitinya makin mencabar dan lebih lama daripada alam yang sebelumnya. samada alam ruh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh, alam masyhar dan seterusnya akhirat, semuanya sangat signifikan. Cuma kita kadang-kadang terlupa alam yang sebelumnya dan yang bakal kita hadapi.

Ibubapa kita adalah ibubapa kita di alam rahim dan dunia sahaja. Memang benar, mereka adalah kurniaan daripada Allah swt yang sangat bernilai. Mereka juga berperanan besar melahirkan, membimbing, dan membantu saya membuat pahala untuk mencapai ultimate goal saya di akhirat kelak. Saya juga sangat bersyukur Allah mengurniakan ibubapa yang sangat baik hati, tidak mengongkong, dan juga tidak terlalu memanjakan.

Melihatkan keadaan semasa dan orang sekeliling, saya menjadi sangat bersyukur kepada Allah swt kerana mengurniakan mereka yang berfikiran jauh, berbanding rakan sebaya mereka, namun masih mengikut syariat dan batasan Islam.

Mereka sangat memberi kepercayaan kepada saya, tidak menetapkan syarat atau peraturan mengongkong, tidak menjatuhkan air muka saya. Mereka mungkin manusia biasa yang sering membuat silap, namun kasih sayang mereka mengatasi segalanya. Saya juga berharap, rakan-rakan yang sudah menjadi ibubapa membina mindset yang sangat sihat dan tidak terkongkong dengan budaya dan adat resam. Cukup sahaja meletakkan Islam di tempat teratas dan utama dalam menentukan segalanya, bukannya emosi mahupun tradisi kebiasaan.

Di antara mindset lama yang banyak ibubapa pegang sehingga hari ini yang seharusnya diubah oleh ibubapa di zaman kini adalah seperti berikut:

1. Ibubapa berhak sepenuhnya ke atas anak. menentukan segalanya (jodoh, pekerjaan, dll).
– benar, ibubapa mempunyai tanggungjawab dan berhak ke atas anak, tapi ibubapa tidak perlu bersikap autokratik menentukan sekecil-kecil benda sehingga meletakkan tekanan ke atas anak-anak.

2. Anak sulung mempunyai tanggungjawab besar ke atas keluarga, contoh kepada adik-adik, harapan keluarga untuk membantu adik-adik dari segi kewangan.
– tanggungjawab ke atas keluarga, bukanlah tanggungjawab anak sulung semata-mata hingga membebankan mereka dan melepaskan anak seterusnya daripada tanggungjawab ke atas keluarga. Jangan sesekali lupa menyedarkan tanggungjawab anak2 yang lain juga. Memang benar, mereka sebaiknya menjadi contoh kepada adik2. Anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa. Tidak salah meminta pertolongan anak2 untuk membantu adik2 mereka, tetapi meletakkan pengharapan adalah tidak adil kepada mereka.

3. Anak-anak harus memberi ibubapa merasa duit mereka. menganggap anak-anak seolah-olah pelaburan duit di dunia. meletakkan nilai harga tertentu dan syarat tertentu kepada anak untuk menampung kewangan keluarga (e.g: tak boleh kahwin lagi, kerana harus tampung belanja keluarga terlebih dahulu dalam tempoh masa tertentu).
- ingat, walau sesusah manapun, ibubapa tidak sepatutnya meletakkan anak2 sebagai pelaburan kewangan dunia. Meletakkan syarat kepada anak untuk membalas budi ibubapa dengan wang ringgit adalah tidak adil kepada anak-anak. Ini kerana memang sudah menjadi tanggungjawab ibubapa menampung perbelanjaan anak-anak selagi di bawah tanggungjawab mereka. jadi anak-anak tak perlu diharapkan membalas semula semuanya. Namun begitu, memang seharusnya anak memberi,tetapi itu sekadar pemberian, bukanlah paksaan. anak-anak hanyalah amanah Allah yang harus dijaga rapi, menjadi pelaburan akhirat kita. bukannya meminta anak-anak membalas budi dengan kewangan mereka. ibubapa tidak seharusnya meletakkan mindset untuk hidup senang-lenang dengan duit pemberian anak-anak bila tua nanti.

4. Memberi segala keperluan, duit kepada anak-anak dengan mudah, tanpa mengajar kepada anak-anak nilai duit tersebut dan bagaimana menggunakan duit tersebut berjimat-cermat dan mampu menampung perbelanjaan sendiri di masa hadapan. memang manja dan merosakkan masa depan anak2.

5. Meminta wang hantaran tinggi bagi menampung perbelanjaan perkahwinan anak.
- Sedangkan yang penting memudahkan pernikahan itu dengan tidak meletakkan harga yang mahal. Perbelanjaan perkahwinan anak seharusnya menjadi tanggungjawab ibubapa. buatlah sekadarnya, dan semampu sendiri, bukannya menyediakan majlis yang diluar kemampuan, kemudian meletakkan bebanan ke atas bakal menantu dan anak sendiri untuk mencari wang.

6. Perlu cari jodoh awal atau jangan terlalu awal?
- walaupun secara biologi, ada umur-umur tertentu yang sebaiknya untuk memulakan keluarga, namun umur bukanlah penentuan segalanya. tamat belajar, sudah lama bekerja juga bukanlah syarat penting untuk kahwin. jika sudah sampai jodohnya, silakanlah. jangan ditangguh lagi.

Tuesday, March 30, 2010

bila satu jari hilang!


semalam ter'slice' ibu jari sendiri sedang asyik menghiris lobak menggunakan sagat/slicer baru. darah pun mengalir keluar tanpa henti. lepas tu dah mula pening sebab mungkin sebab darah terlalu banyak keluar. obatnya, ais & minyak gamat..ehe..

jadi sekarang ibu jari ini perlu direhatkan dulu..
sekarang baru sedar betapa pentingnya jari jemari ni.tak cukup satu, malah ibunya, menyebabkan susahnya nak suap makanan, nak taip, keyboard/sms ataupun nak main alat muzik. isyy..ha, baru sikit Allah uji tu..insaflah dengan nikmat yang ada. gunakan untuk kebaikan, bukan benda tak elok ok? oh ye, hati2 dengan barang tajam yang masih baru..hehe

Thursday, March 11, 2010

good listener? am not!

just realised that i am not a good listener.
i cant stand whining, and i am too optimist. hoho..i am so sorry friends, i am not a good listener..

Tuesday, December 22, 2009

Mereka yang dikagumi

Saya suka melihat satu golongan manusia ini yang memang wajar dikagumi.
Ada sekelompok manusia yang dikatakan sebagai golongan “working class people”. Pemandu teksi, buruh binaan, tukang sapu, peniaga gerai pasar malam, dan ramai lagi. Mereka yang berusaha mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui kerja yang halal, menggunakan tulang empat kerat mereka siang dan malam.

Tambah baik lagi, mereka yang jujur dan kadang-kadang sangat innocent. Malah lebih baik, ada juga yang tidak langsung mengabaikan ibadah dan keluarga. Ada yang sangat bersungguh-sungguh membela nasib keluarga, mendidik anak-anak. Gembira bila melihat ada di kalangan mereka yang berjaya, samada anak-anak mereka mahupun mereka sendiri yang mampu meningkat melalui mobiliti sosial.

Apa yang lebih mengkagumkan saya, semangat mereka dan matlamat mereka yang jelas dan tidak pernah walau sekali untuk mereka terpesong atau mengeluh kepenatan. Memang mereka mempunyai semangat dan motivasi diri yang sangat tinggi! Memang harus kita kagumi!

Namun sedih apabila melihat mereka ini dianak tirikan, dipandang sebelah mata ibarat manusia kelas 3 gara-gara sikap sesetengah daripada mereka yang mengikut jalan batil dan materialisme…membuat jenayah, dsb. Sayang sekali..

Saya terkenang orang-orang yang saya temui sepanjang perjalanan hidup saya:

Berborak dengan pakcik teksi yang bekerja membawa teksi sebagai pekerjaan sambilan di waktu malam mengenai anak-anaknya dan usahanya mendapatkan yang terbaik bagi pendidikan mereka di sekolah cina..

Makcik-makcik tukang sapu yang tidak jemu-jemu senyum dan menegur saya walaupun saya tahu beliau penat bekerja siang dan malam..

Ibu seorang sahabat yang sangat merendah diri, sibuk bekerja di kedai makan pada waktu malam, untuk menyara keluarga..

Pak guard sekolah yang bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya yang sentiasa solat tetap pada waktunya. Sempat pula menegur dan menasihati kanak-kanak yang ada.

Mat-mat Bangla dan Pakistan yang pergi menunaikan solat jumaat beramai-ramai…

Ya Allah, lindungilah mereka daripada perbuatan jahat manusia, peliharalah mereka daripada gangguan syaitan, bawalah mereka dan keluarga mereka mendekatiMu Ya Allah.

Wednesday, October 21, 2009

surat terbuka untuk dearies


Dearest dears,,
Hari ini saya terkejut. Saya ingatkan kes sudah ditutup. Saya pun dah lupakan apa kesnya. Tak memberi kesan pun.

Lagipun saya tidaklah sibuk hal-hal kecil seperti itu.

Saya tidaklah terkesan dengan tindakan seseorang yang dibenci ramai itu.

Sebab itulah bila terkeluar kata2 dari mulut lain, saya lebih senang diam dan tersenyum atau melontarkan komentar yang akan menenangkan fikirannya dan mengubah topik secepat mungkin.
Kerana pada saya hidup ini singkat dan adakalanya perkara itu lebih baik dinoktahkan. Tak perlu dipanjang-panjangkan lagi.

Bukannya apa, kerana perkara itu semua terlalu kecil berbanding dengan satu lagi perkara yang membuatkan hati saya sedih sepanjang perjalanan kita bersama.

Apa yang paling menyedihkan saya dan membuat saya tak keruan adalah melihatkan keadaan kalian yang menyedihkan… you might be happy, look happy, but I know deep down inside you are not.

Apa yang lebih menghancur luluhkan hati daripada melihat orang yang kita sama-sama membesar memilih jalan yang salah, jalan kehancuran.
Lebih suka memilih yang buruk daripada baik. Yang merosakkan, daripada jalan fitrah.

Kes dibuka: ada yang rasa tak selesa bersama saya. Entah kenapa. Tak sekepala?
Sedih.
Saya mungkin tidak sekepala, tetapi saya jujur dengan persahabatan kita. Tiada cakap-cakap belakang, tapi entah kenapa…

Takutkan saya?
Saya bukan Allah. Hanya Allah yang harus ditakuti. Bukan saya.
Hanya pada Allah harus disegani, bukan saya.

Tak mengapalah. Saya redha. Saya hanya mampu berdoa dari jauh. harap kalian tidak melarikan diri dari saya lagi. Semoga kalian akan mencari cinta yang hakiki. Jangan terlepas peluang. Kalian akan sentiasa menjadi my dearest dearies,, selagi saya mencintai kalian kerana Allah.

yang benar,
kakak

Wednesday, September 30, 2009

kek yang dibuat sesuka hatiku

jangan tertipu dgn gambar ini..samada photographer lupa nak tukar mode micro pada kameranya atau kek ini memang tidak fotogenik..hehe..ini adelah kek marble yg sedap...(resepi diubahsuai sesuka hati) ditambah pula topping kek yg dicipta sendiri..wahh..tak sangka menjadi jugak! apa ye resepi topping tu? lupa pulak..tp yg pastinye ade cheese n ade coklat, n ade biskot marie+cream crackers..
alamak, lupa la pulak main ingredientnye..dah lama dah buat ni..few months ago..


Wednesday, June 17, 2009

post-performance fume


Against my principle? NO. It’s not just MY principle, it’s a BELIEF, a way of life.
It’s about trying to follow the dos and don’ts that Allah has set.
So it is not about MY principle. It’s about following what our Creator told us to follow.
Now tell me, are YOU trying to get me going against Allah, our Creator?
I am not going to let that happen!